Pages

Wednesday 19 October 2011

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PENGURUSAN BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK KAHS PPDa PERINGKAT NEGERI KEDAH 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2008

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2010

Tuesday 18 October 2011

Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1.               Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.

2.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

3.               Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

4.               Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murikd.

5.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua warga sekolah.

6.               Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah’

Thursday 22 September 2011

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah.

RASIONAL

·                     Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.
·                     Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah.

OBJEKTIF

·                     Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah.
·                     Meningkatkan kemahiran PPDa.
·                     Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum.
·                     Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

·                     Guru sekolah
·                     Kakitangan sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

·                     Ceramah

PERSONALIA

·                     Pengetua
·                     S/U PPDa
·                     Guru Bimbingan dan Kaunseling
·                     Penceramah Jemputan dari Agensi Anti Dadah (AADK)

PENGISIAN

·                     Pengetahuan PPDa
·                     Strategi menangani masalah dadah
·                     Senario dadah di Malaysia
·                     Kemahiran Personal dan Interpersonal
·                     Pendedahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
·                     Aktiviti permuafakatan dalam PPDa

Wednesday 21 September 2011

IKRAR ANTI DADAH


BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERIKRAR UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI DADAH PADA SETIAP MASA

  • Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
  • Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat.
  • Menjadi pelajar berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
  • Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan
  • Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah.

Tuesday 20 September 2011

VISI DAN MISI


VISI
UNIT PPDa SMK TUNKU PUTRA MENJADI PUSAT PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR-PELAJAR KEARAH POSITIF DAN TIDAK AKAN TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH


MISI
1.   MEMASTIKAN KEADAAN BILIK YANG KONDUSIF DAN TERAPUTIK.
2.   BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELAKSANAKAN SEMUA TUGAS KEARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH CEMERLANG.
3.   MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERWIBAWA DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.
4.   MENGHASILKAN KREATIVITI DALAM SEMUA BIDANG YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
5.   MEMUPUK RASA TANGGUNGJAWAB DENGAN MENGAMALKAN PRINSIP HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH.

SEJARAH PENUBUHAN BILIK SUMBER PPDa SMKTP



BILIK SUMBER PPDa SMK TUNKU PUTRA DITUBUHKAN PADA TAHUN 2007 SEBAGAI LANGKAH UNTUK MEMBUKTIKAN KOMITMEN WARGA SEKOLAH DALAM MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH. BILIK INI MEMPUNYAI TIGA RUANG UTAMA IAITU RUANGAN PAMERAN DAN MAKLUMAT, RUANGAN DISKUSI DAN JUGA RUANGAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PPDa. OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN BILIK SUMBER PPDa INI ADALAH UNTUK MEMBERI RUANG KEPADA PELAJAR SERTA WARGA SMKTP TERUTAMANYA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT BERKAITAN DADAH DAN INHALAN. SELAIN ITU, PELAJAR JUGA DIBERI RUANG UNTUK MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA GURU PPDa BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ROKOK DAN JUGA PIL DISAMPING PROGRAM-PROGRAM PENCEGAHAN YANG DIANJURKAN. MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MERANGKUMI, DATA PENTING, FAKTA KES, KERATAS AKHBAR, LAPORAN, STATISTIK, RISALAH SERTA GAMBAR-GAMBAR SEBAGAI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR.

Saturday 17 September 2011

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

Thursday 15 September 2011

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.  Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran  ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan  ‘Dadah Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.  Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.