Pages

Wednesday 19 October 2011

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PENGURUSAN BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK KAHS PPDa PERINGKAT NEGERI KEDAH 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2008

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2010

Tuesday 18 October 2011

Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1.               Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.

2.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

3.               Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

4.               Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murikd.

5.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua warga sekolah.

6.               Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah’