Pages

Wednesday 19 October 2011

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PENGURUSAN BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

JOHAN
PERTANDINGAN BILIK KAHS PPDa PERINGKAT NEGERI KEDAH 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2007

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2008

ANUGERAH BILIK KHAS TERBAIK
PPD LANGKAWI 2010

Tuesday 18 October 2011

Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1.               Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.

2.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

3.               Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

4.               Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murikd.

5.               Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua warga sekolah.

6.               Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah’

Thursday 22 September 2011

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah.

RASIONAL

·                     Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.
·                     Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah.

OBJEKTIF

·                     Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah.
·                     Meningkatkan kemahiran PPDa.
·                     Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum.
·                     Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

·                     Guru sekolah
·                     Kakitangan sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

·                     Ceramah

PERSONALIA

·                     Pengetua
·                     S/U PPDa
·                     Guru Bimbingan dan Kaunseling
·                     Penceramah Jemputan dari Agensi Anti Dadah (AADK)

PENGISIAN

·                     Pengetahuan PPDa
·                     Strategi menangani masalah dadah
·                     Senario dadah di Malaysia
·                     Kemahiran Personal dan Interpersonal
·                     Pendedahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
·                     Aktiviti permuafakatan dalam PPDa

Wednesday 21 September 2011

IKRAR ANTI DADAH


BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERIKRAR UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI DADAH PADA SETIAP MASA

  • Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
  • Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat.
  • Menjadi pelajar berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
  • Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan
  • Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah.